Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian XIX

183. Section 183

Feedback & support
(1)

Cukai tidak boleh dikenakan dan dilevi ke atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan atau pengimportan barang yang dibuat sebelum tarikh efektif.

(2)

Jika, sebelum tarikh efektif—

(a)

apa-apa pembayaran diterima berkaitan dengan suatu pembekalan barang atau perkhidmatan yang akan dibuat pada atau selepas tarikh efektif; atau

(b)

suatu invois dikeluarkan yang berhubungan dengan suatu pembekalan barang atau perkhidmatan yang akan dibuat pada atau selepas tarikh efektif, bagi maksud menentukan tempoh bercukai yang dengannya cukai output atau cukai input boleh dihubungkaitkan, pembayaran itu diambil sebagai telah diterima atau invois itu diambil sebagai telah dikeluarkan pada tarikh efektif.

(3)

Bagi maksud menentukan nilai pembekalan di bawah subseksyen (2), pembayaran yang diterima atau apa-apa amaun yang dinyatakan dalam invois yang dikeluarkan hendaklah dikira sebagai termasuk cukai.

(4)

Walau apa pun subseksyen (2), jika mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan 1972 atau Akta Cukai

Perkhidmatan 1975 ialah seorang orang kena cukai di bawah Akta ini dan sebelum tarikh efektif—

(a)

telah mengeluarkan suatu invois yang ke atasnya cukai jualan telah dikenakan ke atas jualan apa-apa barang bercukai atau cukai perkhidmatan telah dikenakan ke atas penyediaan perkhidmatan bercukai; atau

(b)

telah menerima pembayaran cukai jualan atau cukai perkhidmatan, tiada cukai boleh dikenakan ke atas pembekalan barang atau perkhidmatan sedemikian yang dibuat pada atau selepas tarikh efektif setakat diliputi oleh invois.

Undang-Undang Malaysia 164

(5)

Jika apa-apa barang yang pada tarikh efektif tidak dilepaskan daripada kawalan kastam, ia hendaklah dikira bagi maksud seksyen ini sebagai diimport pada masa apabila barang itu dilepaskan oleh pegawai kastam.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Report