Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XVI
164. Section 164
Feedback & supportKetua Pengarah atau mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan boleh, jika kewajipannya menghendaki sedemikian, mengambil sampel apa-apa barang untuk memastikan sama ada ia adalah barang daripada perihalan yang boleh dikenakan cukai atau untuk memastikan cukai yang genap masa dan kena dibayar ke atas barang itu, atau bagi maksud lain sebagaimana yang difikirkannya perlu, dan sampel itu boleh dilupuskan dan diakaunkan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Ketua
Pengarah.
Tiada pembayaran boleh dibuat bagi apa-apa sampel yang diambil di bawah subseksyen (1), tetapi pegawai cukai barang dan perkhidmatan hendaklah memberikan suatu resit bagi sampel itu.
Orang yang terikat untuk mengemukakan barang atau memberikan maklumat, dsb.