Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XVIII · Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975
182. Pengemukaan penyata bagi tempoh bercukai terakhir
Feedback & supportWalau apa pun subseksyen 181(1), mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 bagi tempoh bercukai terakhir tidak lewat daripada dua puluh lapan hari atau apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dari tarikh efektif.
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah—
menyatakan—
amaun cukai perkhidmatan, bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian pembayaran bagi apa-apa perkhidmatan bercukai yang disediakan, yang tidak diterima dalam tempoh dua belas bulan kalendar sebelum tempoh bercukai terakhir; dan
amaun cukai perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan bercukai yang disediakan dalam tempoh bercukai terakhir; dan
membayar cukai mengikut seksyen 14 Akta Cukai
Perkhidmatan 1975.
Bagi maksud seksyen ini, “tempoh bercukai terakhir”
ertinya tempoh dua bulan kalendar atau sebahagian daripadanya yang berakhir pada tarikh efektif.
Cukai Barang dan Perkhidmatan 163