Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian II · Pentadbiran

6. Pengiktirafan jawatan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pegawai cukai barang dan perkhidmatan apabila melaksanakan kewajipannya hendaklah, apabila diminta oleh mana-mana orang, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kad kuasa atau lencana yang ditetapkan di bawah seksyen 8a

Akta Kastam 1967 kepada orang itu atau dalam hal mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan yang bukan pegawai kastam, apa-apa kad kuasa lain sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 21 6/19/14 5:54:31 PM

Undang-Undang Malaysia 22

(2)

Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan untuk mematuhi apa-apa permintaan, tuntutan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan yang bertindak atau yang berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu enggan untuk mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kad kuasa atau lencananya apabila diminta berbuat demikian oleh orang itu.

(3)

Mana-mana orang, yang bukan pegawai cukai barang dan perkhidmatan, yang secara tidak sah di sisi undang-undang memakai, menggunakan, memiliki atau mempamerkan, melainkan semasa suatu pertunjukan pentas atau persembahan teater, apa-apa pakaian seragam, lencana atau kad kuasa yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1), atau apa-apa pakaian yang kelihatan seperti atau mempunyai tanda yang tersendiri akan pakaian seragam sedemikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian III

Pengenaan dan Skop Cukai

Bahagian IV

Pendaftaran

Bahagian V

Bahagian VI

Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian VII

Bahagian VII.

Bahagian VII

Pelepasan, Pembayaran Balik dan Peremitan

Bahagian VIII

Kes khas

Bahagian IX

Ketetapan Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules