Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian IX · Ketetapan Cukai Barang dan Perkhidmatan
77. Ketetapan awal
Feedback & supportTertakluk kepada seksyen ini dan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atas permohonan yang dibuat oleh mana-mana orang, Ketua Pengarah hendaklah membuat suatu ketetapan awal tentang pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi orang itu dan perkiraan yang baginya ketetapan itu dipohon dan ketetapan itu hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam ketetapan itu.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut cara dan bentuk yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan tertakluk kepada fi yang ditetapkan.
Walau apa pun peruntukan Akta ini, jika suatu ketetapan awal terpakai bagi mana-mana orang berhubung dengan suatu perkiraan dan orang itu menggunakan peruntukan itu mengikut cara yang dinyatakan dalam ketetapan itu, Ketua Pengarah hendaklah menggunakan peruntukan itu berhubung dengan orang dan perkiraan itu mengikut ketetapan itu.
Suatu ketetapan awal yang dibuat di bawah subseksyen (1)
tidak terpakai bagi seseorang berhubung dengan suatu perkiraan jika—
perkiraan itu secara material berbeza daripada perkiraan yang dinyatakan dalam ketetapan itu;
terdapat suatu peninggalan atau salah nyataan yang material dalam, atau berkaitan dengan pemakaian ketetapan itu;
Ketua Pengarah membuat tanggapan tentang suatu kejadian masa hadapan atau perkara lain yang material kepada ketetapan itu, dan tanggapan itu kemudiannya terbukti sebagai tidak betul; atau
orang itu tidak memenuhi apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, menarik balik mana-mana ketetapan awal yang dibuat di bawah subseksyen (1)
dengan memberi notis bertulis penarikan balik itu kepada orang yang ketetapan itu terpakai.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 101 6/19/14 5:54:36 PM
Undang-Undang Malaysia 102
Jika Ketua Pengarah menarik balik suatu ketetapan awal, ketetapan awal sedemikian tidak terpakai bagi apa-apa perkiraan yang dibuat atau dilaksana pada atau selepas tarikh penarikan balik itu tetapi ketetapan awal itu hendaklah terus terpakai berhubung dengan apa-apa perkiraan yang masih kekal bagi baki tempoh yang dinyatakan dalam ketetapan awal yang ketetapan awal itu terpakai yang telah dibuat atau dilaksanakan sebelum tarikh yang dinyatakan dalam notis penarikan balik itu.