Seksyen 10
Deposit
of Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003
Datuk Bandar boleh, sebelum mengeluarkan sesuatu lesen atau pada bila-bila masa selepas itu, menghendaki pemegang lesen itu membuat suatu deposit dalam apa-apa jumlah wang sebagaimana yang ditentukan olehnya untuk memastikan bahawa syarat atau sekatan lesen itu dan peruntukan Akta ini dipatuhi dengan sewajarnya.
(2)
Datuk Bandar boleh melucuthakkan keseluruhan atau sebahagian daripada deposit itu jika dia berpuas hati bahawa telah berlaku pelanggaran mana-mana syarat atau sekatan lesen itu atau pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini.
(3)
Datuk Bandar tidak boleh melucuthakkan deposit itu melainkan jika pemegang lesen telah diberi peluang untuk didengar.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghalang pemegang lesen yang depositnya telah dilucuthakkan di bawah subseksyen (2) daripada didakwa.