Hotels (Federal Territory of Kuala Lumpur) Act 2003 · Updated to 1 Aug 2013 · Bahagian II · Pelesenan
8. Lesen sementara
Feedback & supportSementara menanti Datuk Bandar menimbangkan sesuatu permohonan untuk mendapat lesen, Datuk Bandar boleh, jika berpuas hati bahawa pemohon itu telah memenuhi apa-apa syarat dan kehendak sebagaimana yang boleh dikenakan oleh Datuk Bandar, mengeluarkan suatu lesen sementara kepada pemohon itu.
Lesen sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
adalah sah bagi tempoh enam bulan dari tarikh dikeluarkan.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 626
Tertakluk kepada subseksyen (4), tempoh kesahan sesuatu lesen sementara boleh dilanjutkan selama tempoh enam bulan atas permohonan yang dibuat secara bertulis oleh pemohon pada atau sebelum tamat tempoh yang pertama tetapi tidak boleh dilanjutkan lagi.
Jika permohonan bagi mendapatkan suatu lesen di bawah seksyen 4 telah ditolak oleh Datuk Bandar di bawah subseksyen 4(2), lesen sementara itu tidaklah sah lagi.
Fi yang boleh dikenakan bagi sesuatu lesen sementara atau perlanjutannya hendaklah dua kali fi yang kena dibayar di bawah subseksyen 4(3).
Pemegang sesuatu lesen sementara mempunyai hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sama seperti seseorang pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 4.