Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2013Read it in English

Bahagian II · Pelesenan

4. Permohonan untuk mendapatkan lesen dan pemberian lesen

Feedback & support
(1)

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen—

(a)

hendaklah dibuat secara bertulis kepada Datuk Bandar dalam bentuk yang ditentukan olehnya; dan

(b)

disertakan dengan keterangan bahawa pemohon telah didaftarkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

(2)

Datuk Bandar boleh, mengikut budi bicaranya, memberikan lesen atau enggan untuk memberikan lesen kepada pemohon.

(3)

Jika sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen dibenarkan, lesen itu hendaklah dikeluarkan apabila dibayar fi yang ditetapkan.

(4)

Sesuatu lesen itu boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Datuk

Bandar untuk dikenakan.

Report

Bahagian III

Penguatkuasaan

Bahagian IV

Pelbagai