Human Rights Commission of Malaysia Act 1999 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
11A. Section 11A
Feedback & supportBagi maksud subseksyen 5(2), adalah dengan ini ditubuhkan suatu jawatankuasa yang terdiri daripada orang yang berikut:
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 597
Ketua Setiausaha Negara yang hendaklah menjadi
Pengerusi;
Pengerusi Suruhanjaya; dan
tiga orang anggota lain daripada masyarakat madani yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam perkara hak asasi manusia, yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri.
Anggota jawatankuasa yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah berkhidmat dengan jawatankuasa bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya.
Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(c) boleh termasuk bekas hakim dan bekas anggota Suruhanjaya.
Orang yang berikut tidak boleh dilantik sebagai anggota jawatankuasa di bawah perenggan (1)(c):
mana-mana orang yang terlibat secara aktif dalam politik dan berdaftar dengan mana-mana parti politik; dan
mana-mana orang yang sedang atau pernah menjadi pegawai penguat kuasa.
Jawatankuasa ini boleh menentukan perjalanan prosidingnya sendiri.
Bagi maksud seksyen ini, “pegawai penguat kuasa” ertinya pegawai—
mana-mana Kementerian, Jabatan, Agensi atau mana-mana badan lain yang dibentuk oleh
Kerajaan
Persekutuan, termasuk suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi Kementerian, Jabatan, Agensi atau badan itu, yang diberi fungsi penguatkuasaan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau yang mempunyai kuasa penguatkuasaan;
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 13
suatu badan yang ditubuhkan oleh undang-undang
Persekutuan yang diberi fungsi penguatkuasaan oleh undang-undang Persekutuan itu atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi sesuatu badan yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan yang mempunyai fungsi penguatkuasaan; atau
perkhidmatan bersama yang ditubuhkan di bawah Perkara 133 Perlembagaan Persekutuan yang melaksanakan fungsi penguatkuasaan.