Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian II · Penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

7. Mesyuarat Suruhanjaya

Feedback & support
(1)

Pengerusi Suruhanjaya hendaklah mempengerusikan kesemua mesyuarat Suruhanjaya.

* CATATAN── Lihat seksyen 4 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2009 [Akta A1353].

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 597

(2)

Jika Pengerusi tidak menghadiri mesyuarat, Naib Pengerusi

Suruhanjaya hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(3)

Kuorum dalam semua mesyuarat ialah dua pertiga daripada bilangan anggota Suruhanjaya.

(4)

Anggota-anggota Suruhanjaya hendaklah berusaha untuk mencapai segala keputusan mesyuarat secara sebulat suara yang jika gagal, keputusan oleh majoriti dua pertiga anggota yang hadir adalah dikehendaki.

(5)

Suruhanjaya hendaklah menentukan perjalanan prosidingnya sendiri.

Report

Bahagian III

Kuasa Siasatan Suruhanjaya

Bahagian IV

Kakitangan Suruhanjaya

Bahagian V