Human Rights Commission of Malaysia Act 1999 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Kuasa Siasatan Suruhanjaya
13. Tatacara jika pelanggaran tidak didedahkan atau didedahkan
Feedback & support(1)
Jika sesuatu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 12 tidak mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia, Suruhanjaya hendaklah merekodkan dapatan itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang membuat aduan itu.
(2)
Jika sesuatu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 12 mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia,
Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk merujuk perkara itu, jika berkenaan, kepada pihak berkuasa atau orang yang berkaitan itu dengan syor yang perlu.