Human Rights Commission of Malaysia Act 1999 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Kuasa Siasatan Suruhanjaya
15. Keterangan di hadapan Suruhanjaya
Feedback & support(1)
Seseorang yang memberikan keterangan di hadapan
Suruhanjaya hendaklah, berkenaan dengan keterangan itu, berhak mendapat segala keistimewaan yang berhak diberikan kepada seseorang saksi yang memberikan keterangan di hadapan mahkamah undang-undang berkenaan dengan keterangan yang diberikan olehnya di hadapan mahkamah itu.
(2)
Tiada seorang pun boleh, berkenaan dengan apa-apa keterangan, bertulis atau lisan, yang diberikan oleh orang itu kepada atau di hadapan Suruhanjaya, dikenakan apa-apa tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah dalam mana-mana mahkamah kecuali apabila orang itu dipertuduh memberikan atau merekakan keterangan palsu.