Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2020Read it in English

Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja

23. Pelantikan pekerja lain, ejen dan perunding

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24, Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, melantik dan mengambil kerja, atas apa-apa terma dan syarat yang didapati patut oleh Perbadanan, mana-mana pekerja lain yang perlu bagi pentadbiran sepatutnya Akta ini dan

Perundangan Harta Intelek.

(2)

Perbadanan boleh melantik dan mengambil kerja perunding dan ejen untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya atau bagi menjalankan maksud

Akta ini dengan lebih baik.

Report