Skip to content

Seksyen 25

Penerusan dan penyelesaian prosiding tatatertib

of Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002

ActIn forceProvision 25 of 41
Seksyen 25
(1)

Jika pada tarikh yang ditetapkan apa-apa prosiding tatatertib belum selesai atau wujud terhadap mana-mana pekerja

Kerajaan yang telah memilih untuk masuk ke dalam perkhidmatan

Perbadanan, prosiding itu hendaklah diteruskan dan diselesaikan oleh Perbadanan, dan undang-undang yang terpakai bagi pekerja itu sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan berhubung dengan prosiding itu hendaklah terpakai bagi prosiding yang diteruskan dan diselesaikan di bawah seksyen ini.

(2)

Sesuatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh sesuatu pihak berkuasa tatatertib Perbadanan menurut seksyen ini hendaklah berkenaan dengan pekerja sedemikian mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama dengan perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Pihak

Berkuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib atau Lembaga Rayuan

Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1).

(3)

Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian yang perlu kepada undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1) dalam pemakaiannya kepada pekerja sedemikian bagi maksud menghapuskan kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.