Skip to content
Contents

Bahagian I · Bahagian I Jadual Kedua, Ketiga dan Kelima kepada Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “ketua utusan” dengan perkataan “ejen diplomatik”.

11. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Keenam

Feedback & support

Jadual yang berikut:

“JADUAL KETUJUH

[Seksyen 1A dan 6A]

PERKARA KONVENSYEN MENGENAI KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG MEMPUNYAI KUAT KUASA

UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Perkara I

KEPERIBADIAN JURIDIKAL

Seksyen 1

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah mempunyai keperibadian juridikal.

Ia hendaklah mempunyai kapasiti—

(a)

untuk membuat kontrak;

(b)

untuk memperoleh dan melupuskan harta tak alih dan harta alih;

(c)

untuk memulakan prosiding undang-undang.

Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan

Kekebalan) (Pindaan)

9

Perkara II

HARTA, DANA DAN ASET

Seksyen 2

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, harta dan asetnya di mana-mana jua terletak dan oleh sesiapa jua dipegang, hendaklah menikmati kekebalan daripada tiap-tiap bentuk proses perundangan kecuali setakat yang dalam mana-mana hal tertentu ia telah mengetepikan kekebalannya secara nyata. Walau bagaimanapun, difahamkan bahawa tiada pengetepian kekebalan boleh diberikan kepada mana-mana langkah pelaksanaan.

Seksyen 3

Premis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak boleh dicabul. Harta dan aset Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di mana-mana jua terletak dan oleh sesiapa jua dipegang, adalah kebal daripada penggeledahan, rekuisisi, rampasan, ekspropriasi dan apa-apa bentuk gangguan yang lain, sama ada melalui tindakan eksekutif, pentadbiran, kehakiman atau perundangan.

Seksyen 4

Arkib Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan secara amnya segala dokumen yang dimiliki atau dipegang olehnya, di mana-mana jua terletak tidak boleh dicabul.

Seksyen 5

Tanpa disekat oleh apa-apa jenis kawalan kewangan, peraturan-peraturan atau penangguhan—

(a)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu boleh memegang apa-apa jenis dana, emas atau mata wang dan mengendalikan akaun dalam apa-apa mata wang;

(b)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bebas untuk memindahkan dana, emas atau mata wangnya dari satu negara ke negara lain atau di dalam mana-mana negara dan untuk menukar apa-apa mata wang yang dipegang olehnya kepada mana-mana mata wang lain.

Seksyen 6

Dalam menjalankan haknya di bawah seksyen 5 di atas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah memberikan perhatian yang sewajarnya kepada apa-apa representasi yang dibuat oleh Kerajaan mana-mana Anggota setakat yang dianggap bahawa kuat kuasa dapat diberikan kepada representasi itu tanpa menjejaskan kepentingan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Undang-Undang Malaysia 10

Seksyen 7

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, aset, pendapatan dan harta lainnya hendaklah—

(a)

dikecualikan daripada semua cukai langsung; walau bagaimanapun, difahamkan bahawa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak akan menuntut pengecualian daripada cukai yang, sebenarnya, merupakan caj bagi perkhidmatan kemudahan awam;

(b)

dikecualikan daripada duti kastam dan larangan dan sekatan ke atas import dan eksport berkenaan dengan barang yang diimport atau dieksport oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi kegunaan rasminya. Walau bagaimanapun, difahamkan bahawa, barang yang diimport di bawah pengecualian tersebut tidak akan dijual di dalam negara di mana barang itu diimport kecuali di bawah syarat-syarat yang dipersetujui dengan Kerajaan negara itu;

(c)

dikecualikan daripada duti kastam dan larangan dan sekatan ke atas import dan eksport berkenaan dengan penerbitannya.

Seksyen 8

Walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak akan, secara amnya, menuntut pengecualian daripada duti eksais dan daripada cukai ke atas penjualan harta alih dan harta tak alih yang menjadi sebahagian daripada harga yang kena dibayar, namun apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat pembelian penting harta bagi kegunaan rasmi yang ke atasnya duti dan cukai telah dikenakan atau boleh dikenakan, Anggota akan, bilamana mungkin, membuat perkiraan pentadbiran yang bersesuaian bagi peremitan atau pemulangan amaun duti atau cukai itu.

Perkara III

KEMUDAHAN BERKENAAN DENGAN KOMUNIKASI

Seksyen 9

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah menikmati bagi komunikasi rasminya di dalam wilayah setiap Anggota, layanan yang tidak kurang daripada layanan yang diberikan oleh Kerajaan Anggota itu kepada mana-mana Kerajaan lain termasuk misi diplomatiknya dalam hal keutamaan, kadar dan cukai ke atas surat, kabel, telegram, radiogram, telefoto, telefon dan komunikasi yang lain; dan kadar media bagi maklumat kepada media dan radio. Tiada penapisan boleh dikenakan terhadap surat-menyurat rasmi dan komunikasi rasmi yang lain Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Seksyen 10

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah mempunyai hak untuk menggunakan kod dan menghantar dan menerima surat-menyuratnya melalui perkhidmatan kurir atau di dalam beg, yang hendaklah mempunyai kekebalan dan keistimewaan yang sama sebagaimana perkhidmatan kurir diplomatik dan beg diplomatik.

Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan

Kekebalan) (Pindaan)

11

Perkara IV

WAKIL ANGGOTA

Seksyen 11

Wakil Anggota kepada organ utama dan subsidiari Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu dan kepada persidangan yang diadakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu, hendaklah, semasa menjalankan fungsi mereka dan semasa perjalanan mereka ke dan dari tempat mesyuarat, menikmati keistimewaan dan kekebalan yang berikut:

(a)

kekebalan daripada penangkapan atau penahanan diri dan daripada penyitaan bagasi peribadi mereka, dan, berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis dan segala perbuatan yang dilakukan oleh mereka atas sifat mereka sebagai wakil, kekebalan daripada tiap-tiap jenis proses perundangan;

(b)

ketidakbolehcabulan bagi semua kertas dan dokumen;

(c)

hak untuk menggunakan kod dan menerima kertas atau surat-menyurat melalui perkhidmatan kurir atau di dalam beg bermeterai;

(d)

pengecualian bagi mereka dan suami atau isteri mereka daripada sekatan imigresen, pendaftaran orang asing atau obligasi khidmat negara di dalam negara yang dilawati oleh mereka atau yang dilalui oleh mereka dalam menjalankan fungsi mereka;

(e)

kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang atau pertukaran seperti yang diberikan kepada wakil kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;

(f)

kekebalan dan kemudahan yang sama berkenaan dengan bagasi peribadi seperti yang diberikan kepada utusan diplomatik; dan

(g)

apa-apa keistimewaan, kekebalan dan kemudahan lain yang tidak bertentangan dengan yang sebelum ini seperti yang dinikmati oleh utusan diplomatik, kecuali mereka tidak berhak untuk menuntut pengecualian daripada duti kastam ke atas barangan yang diimport

(selain sebahagian daripada bagasi peribadi mereka) atau daripada duti eksais atau cukai jualan.

Seksyen 12

Untuk menjamin kebebasan bercakap sepenuhnya dan kebebasan sepenuhnya dalam melaksanakan tugas bagi wakil Anggota kepada organ utama dan subsidiari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kepada persidangan yang diadakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kekebalan daripada proses perundangan berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis dan segala perbuatan mereka dalam melaksanakan tugas mereka hendaklah terus diberikan, walaupun orang yang berkenaan bukan lagi wakil Anggota.

Undang-Undang Malaysia 12

Seksyen 13

Jika beban apa-apa bentuk pencukaian bergantung kepada pemastautinan, tempoh yang dalamnya wakil Anggota kepada organ utama dan subsidiari Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu dan persidangan yang diadakan oleh Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu berada di dalam sesuatu negeri bagi melaksanakan tugas mereka tidaklah boleh dianggap sebagai tempoh pemastautinan.

Seksyen 14

Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada wakil Anggota bukan untuk faedah peribadi individu itu, tetapi untuk memelihara kebebasan mereka dalam melaksanakan fungsi yang berkaitan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Oleh itu, sesuatu Anggota bukan sahaja mempunyai hak tetapi mempunyai kewajipan untuk mengetepikan kekebalan wakilnya dalam apa-apa hal jika pada pendapat Anggota itu kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan kekebalan boleh diketepikan tanpa menjejaskan maksud yang baginya kekebalan itu diberikan.

Seksyen 15

Peruntukan seksyen 11,12 dan 13 tidak terpakai antara seorang wakil dengan pihak berkuasa Negara yang dia ialah seorang warganegara atau yang dia ialah atau telah menjadi wakil.

Seksyen 16

Dalam Perkara ini, ungkapan “wakil” hendaklah disifatkan merangkumi semua wakil, timbalan wakil, penasihat, pakar teknikal dan setiausaha perwakilan.

Perkara V

PEGAWAI

Seksyen 17

Setiausaha Agung akan menentukan kategori pegawai yang baginya peruntukan

Perkara ini dan Perkara VII hendaklah terpakai. Setiausaha Agung hendaklah menyerahkan kategori tersebut kepada Perhimpunan Agung. Kemudian daripada itu kategori tersebut hendaklah disampaikan kepada Kerajaan semua Anggota.

Nama pegawai yang dimasukkan ke dalam kategori itu hendaklah dari semasa ke semasa diberitahukan kepada Kerajaan Anggota.

Seksyen 18

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah—

(a)

kebal daripada proses perundangan berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis dan segala perbuatan yang dilaksanakan oleh mereka dalam tugas rasmi mereka;

Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan

Kekebalan) (Pindaan)

(b)

dikecualikan daripada percukaian ke atas gaji dan emolumen yang dibayar kepada mereka oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;

(c)

kebal daripada obligasi khidmat negara;

(d)

kebal, bersama-sama dengan suami atau isteri mereka dan saudara yang bergantung kepada mereka, daripada sekatan imigresen dan pendaftaran orang asing;

(e)

diberi keistimewaan yang sama berkenaan dengan kemudahan pertukaran seperti yang diberikan kepada pegawai yang berpangkat setara yang menjadi sebahagian daripada misi diplomatik kepada Kerajaan yang berkenaan;

(f)

diberi, bersama-sama dengan suami atau isteri mereka dan saudara yang bergantung kepada mereka, kemudahan repatriasi yang sama pada masa krisis antarabangsa seperti misi diplomatik;

(g)

mempunyai hak untuk mengimport perabot dan barang-barang mereka bebas daripada duti pada masa mereka mula-mula menyandang jawatan mereka di dalam negara yang berkenaan.

Seksyen 19

Sebagai tambahan kepada kekebalan dan keistimewaan yang dinyatakan dalam seksyen 18, Setiausaha Agung dan semua Penolong Setiausaha Agung hendaklah diberi berkenaan dengan diri mereka, suami atau isteri mereka dan anak di bawah umur mereka, keistimewaan dan kekebalan, pengecualian dan kemudahan yang diberikan kepada utusan diplomatik, mengikut undang-undang antarabangsa.

Seksyen 20

Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pegawai bagi kepentingan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri. Setiausaha Agung hendaklah mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pegawai dalam apa-apa hal jika, pada pendapatnya, kekebalan itu akan menghalang proses keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam hal Setiausaha Agung, Majlis Keselamatan hendaklah mempunyai hak untuk mengetepikan kekebalan.

Seksyen 21

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa Anggota yang berkenaan pada setiap masa untuk membantu pentadbiran keadilan yang sepatutnya, menjamin kepatuhan pada peraturan-peraturan polis dan mencegah daripada berlakunya apa-apa penyalahgunaan berkenaan dengan keistimewaan, kekebalan dan kemudahan yang disebut dalam Perkara ini.

Undang-Undang Malaysia 14

Perkara VI

PAKAR DALAM MISI BAGI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Seksyen 22

Pakar (selain pegawai dalam ruang lingkup Perkara V) yang menjalankan misi bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah diberi apa-apa keistimewaan dan kekebalan yang perlu bagi penjalanan bebas fungsi mereka ketika tempoh misi mereka, termasuk masa yang digunakan dalam perjalanan yang berkenaan dengan misi mereka. Secara khususnya, mereka hendaklah diberi—

(a)

kekebalan daripada penangkapan atau penahanan diri dan daripada penyitaan bagasi peribadi mereka;

(b)

berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis dan perbuatan yang dilakukan oleh mereka dalam menjalankan misi mereka, kekebalan daripada tiap-tiap jenis proses perundangan. Kekebalan daripada proses perundangan ini hendaklah terus diberikan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi bekerja untuk misi bagi Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu;

(c)

ketidakbolehcabulan semua kertas dan dokumen;

(d)

bagi maksud komunikasi mereka dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu, hak untuk menggunakan kod dan menerima kertas atau surat-menyurat melalui perkhidmatan kurir atau di dalam beg bermeterai;

(e)

kemudahan yang sama berkenaan dengan sekatan mata wang atau sekatan pertukaran seperti yang diberikan kepada wakil kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;

(f)

kekebalan dan kemudahan yang sama berkenaan dengan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada utusan diplomatik.

Seksyen 23

Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar untuk kepentingan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bukan untuk faedah peribadi individu itu.

Setiausaha Agung hendaklah mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam keadaan jika, pada pendapatnya, kekebalan itu akan menghalang proses keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Perkara VII

LAISSEZ-PASSER PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Seksyen 24

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu boleh mengeluarkan laissez-passer

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada pegawainya. Laissez-passer itu hendaklah diiktiraf dan diterima sebagai dokumen perjalanan yang sah oleh pihak berkuasa Anggota, dengan mengambil kira peruntukan seksyen 25.

Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan

Kekebalan) (Pindaan)

15

Seksyen 25

Permohonan visa (apabila dikehendaki) daripada pemegang laissez-passer

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, apabila disertai dengan perakuan bahawa perjalanan mereka adalah atas urusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, hendaklah dikendalikan dengan seberapa segera yang mungkin. Sebagai tambahan, orang tersebut hendaklah dibenarkan kemudahan perjalanan segera.

Seksyen 26

Kemudahan yang serupa seperti yang dinyatakan dalam seksyen 25 hendaklah diberikan kepada pakar dan orang lain yang, walaupun bukan pemegang laissez-passer Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mempunyai perakuan bahawa perjalanan mereka adalah atas urusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Seksyen 27

Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung dan Pengarah yang berjalan atas laissez-passer Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi urusan Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah diberi kemudahan yang sama seperti yang diberikan kepada utusan diplomatik.

Seksyen 28

Peruntukan Perkara ini boleh terpakai bagi pegawai agensi khusus yang setara jika perjanjian bagi perhubungan yang dibuat di bawah Perkara 63 Piagam membenarkan sedemikian.

Perkara VIII

PENYELESAIAN PERTIKAIAN

Seksyen 29

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah membuat peruntukan untuk cara penyelesaian yang sesuai bagi—

(a)

pertikaian yang timbul daripada kontrak atau pertikaian lain yang bersifat undang-undang peribadi yang Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu merupakan pihak kepadanya;

(b)

pertikaian yang melibatkan mana-mana pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menikmati kekebalan disebabkan oleh jawatan rasminya, jika kekebalan tidak diketepikan oleh Setiausaha Agung.

Undang-Undang Malaysia 16

Seksyen 30

Semua perbezaan yang timbul daripada pentafsiran atau pemakaian konvensyen ini hendaklah dirujukkan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa, melainkan jika dalam apa-apa kes telah dipersetujui oleh pihak-pihak untuk menggunakan cara penyelesaian yang lain. Jika perbezaan timbul antara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di suatu pihak dengan Anggota di pihak yang satu lagi, permintaan bagi nasihat undang-undang ke atas apa-apa soalan undang-undang yang terlibat hendaklah dibuat mengikut Perkara 96 Piagam dan Perkara 65

Statut Mahkamah. Pandangan yang diberikan oleh Mahkamah hendaklah diterima sebagai muktamad oleh pihak-pihak.

Perkara Akhir

Seksyen 31

Konvensyen ini diserahkan kepada tiap-tiap Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu untuk kesertaan.

Seksyen 32

Kesertaan hendaklah diberi kesan dengan menyimpan surat cara dengan

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Konvensyen itu hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan setiap Anggota pada tarikh setiap surat cara kesertaan disimpan.

Seksyen 33

Setiausaha Agung hendaklah memaklumkan semua Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang penyimpanan setiap kesertaan.

Seksyen 34

Difahamkan bahawa, apabila suatu surat cara kesertaan disimpan bagi pihak mana-mana Anggota, Anggota itu boleh di bawah undang-undangnya memberi kesan kepada terma-terma Konvensyen ini.

Seksyen 35

Konvensyen ini hendaklah terus berkuat kuasa antara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan tiap-tiap Anggota yang telah menyimpan surat cara kesertaan selagi Anggota itu kekal sebagai Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu, atau sehingga suatu konvensyen am yang telah disemak diluluskan oleh Perhimpunan Agung dan Anggota itu menjadi pihak kepada konvensyen yang telah disemak ini.

Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan

Kekebalan) (Pindaan)

17

Seksyen 36

Setiausaha Agung boleh membuat perjanjian tambahan dengan mana-mana

Anggota atau Anggota-Anggota yang menyelaraskan peruntukan Konvensyen ini setakat yang berkenaan bagi Anggota atau Anggota-Anggota itu. Perjanjian tambahan ini hendaklah dalam setiap hal tertakluk kepada kelulusan Perhimpunan

Agung.

Report

Schedules