Amendment Act · As enacted · 1 part
Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011
Feedback & supportAmends the International Organizations (Privileges and Immunities) Act 1992Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Organisasi Antarabangsa
(Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011.
s 2Seksyen baru 1A dan 1B
Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan)
1992 [Akta 485], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 1 seksyen yang berikut:
“Pemakaian Konvensyen mengenai Keistimewaan dan
s 1AKekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Perkara yang dinyatakan dalam Jadual Ketujuh (yang merupakan Perkara Konvensyen mengenai Keistimewaan dan
Kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA ORGANISASI ANTARABANGSA
(KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN)
(PINDAAN) 2011
Undang-Undang Malaysia 4
Pemakaian Konvensyen mengenai Keistimewaan dan
Perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan (yang merupakan Perkara Konvensyen mengenai Keistimewaan dan
Kekebalan Agensi-Agensi Khusus) hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia.
Perenggan 1(ii)(j) Perkara I kepada Konvensyen hendaklah ditafsirkan sebagai merujuk kepada suatu agensi yang mempunyai hubungan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengikut Perkara 57 dan 63 Piagam dan yang baginya Malaysia merupakan anggota.”.
s 3Pindaan seksyen 2
Seksyen 2 Akta ibu dipinda dalam subseksyen (1)—
dengan memasukkan sebelum takrif “ketua utusan” takrif yang berikut:
‘ “ejen diplomatik” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Keistimewaan
Diplomatik (Konvensyen Vienna) 1966 [Akta 636];’;
dengan memotong takrif “ketua utusan”;
dengan menggantikan noktah di hujung takrif “persidangan antarabangsa” dengan koma bernoktah; dan
dengan memasukkan selepas takrif “persidangan antarabangsa” takrif yang berikut:
‘ “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” ertinya organisasi yang ditubuhkan oleh Piagam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditandatangani di San
Francisco pada 26 Jun 1945.’.
s 4Pindaan seksyen 3
Seksyen 3 Akta ibu dipinda–
dalam subseksyen (1)—
dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan
“atau” di hujung perenggan itu;
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan
Kekebalan) (Pindaan)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”;
dan
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c) yang mempunyai pejabat di Malaysia dan yang, pada pendapat Menteri, melaksanakan fungsi yang memberikan manfaat kepada
Malaysia,”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1A) Peruntukan perenggan (1)(c) tidak terpakai bagi—
mana-mana organisasi yang diperbadankan atau ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang di Malaysia; dan
mana-mana organisasi yang diperbadankan a t a u d i t u b u h k a n b a g i m a k s u d komersial.”.
s 5Pindaan seksyen 4
Seksyen 4 Akta ibu dipinda—
dalam teks bahasa Inggeris, dalam subsubperenggan
(i)—
dengan memotong koma selepas perkataan “in attendance at”; dan
dengan memasukkan koma selepas perkataan
“convened by”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:
“(7) Seseorang pegawai tinggi atau pegawai organisasi antarabangsa yang merupakan warganegara Malaysia tidak berhak di bawah seksyen ini kepada apa-apa keistimewaan atau kekebalan dalam masing-masing
Jadual Kedua dan Keempat, kecuali berkenaan dengan perbuatan dan benda yang dibuat atas sifatnya sebagai pegawai sedemikian.”.
Undang-Undang Malaysia 6
s 6Seksyen baru 6A dan 6B
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6
seksyen yang berikut:
“Keistimewaan dan kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada subseksyen 3(1), 11(3) dan 11(5), Menteri boleh melalui peraturan-peraturan, sama ada dengan atau tanpa sekatan atau setakat atau tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu, memberi—
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu keperibadian juridikal dan apa-apa keupayaan di sisi undang-undang sebagaimana yang perlu bagi penjalanan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya; dan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan wakil anggota, pegawai dan pakar dalam misinya semua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Jadual Ketujuh.
Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada subseksyen 3(1), 11(3) dan 11(5), Menteri boleh melalui peraturan-peraturan, sama ada dengan atau tanpa sekatan atau setakat atau tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu, memberi—
Agensi-agensi Khusus keperibadian juridikal dan apa-apa keupayaan di sisi undang-undang sebagaimana yang perlu bagi penjalanan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya; dan
Agensi-agensi Khusus dan wakil anggota, pegawai dan pakar dalam misinya semua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam
Jadual Kelapan.”.
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan
Kekebalan) (Pindaan)
s 7Seksyen baru 8A
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 8
seksyen yang berikut:
Keistimewaan dan kekebalan yang diberikan di bawah
Akta ini diberikan demi kepentingan organisasi antarabangsa dan organisasi luar negara dan bukan bagi faedah peribadi individu.
Pihak berkuasa yang berkenaan bagi masing-masing organisasi antarabangsa dan organisasi luar negara hendaklah mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan keistimewaan dan kekebalan mana-mana wakil, pegawai atau pakarnya dalam apa-apa hal jika, pada pendapatnya, keistimewaan dan kekebalan itu akan menghalang proses keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan organisasi antarabangsa dan organisasi luar negara itu.
Organisasi antarabangsa dan organisasi luar negara hendaklah bekerjasama pada setiap masa dengan pihak berkuasa yang berkenaan di Malaysia untuk−
memudahkan pentadbiran keadilan yang sepatutnya;
memastikan bahawa semua perundangan domestik dipatuhi; dan
mencegah berlakunya apa-apa penyalahgunaan berkaitan dengan keistimewaan dan kekebalan yang diberikan di bawah Akta ini.”.
s 8Pindaan seksyen 11
Seksyen 11 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“seksyen 4 dan 5” dengan perkataan “seksyen 4, 5, 6A dan 6B”; dan
Undang-Undang Malaysia 8
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“seksyen 4 atau 5” dengan perkataan “seksyen 4, 5, 6A atau 6B”.
s 9Pindaan Jadual Pertama
Jadual Pertama kepada Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan 3 dengan perenggan yang berikut:
“3. Ketidakbolehcabulan dokumen dan arkib.”.
Bahagian I