Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2021Read it in English
Contents

Bahagian IV · Permit, Perakuan dan Pendaftaran

18. Pembiakbakaan dalam kurungan atau pembiakan buatan

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa

Pengurusan untuk menghasilkan haiwan dibiakbakakan dalam kurungan atau tumbuhan atau haiwan dibiakkan secara buatan daripada mana-mana spesies terjadual hendaklah menyimpan dan menyenggarakan rekod mengenai stok dan transaksi mereka.

(2)

Pihak Berkuasa Pengurusan boleh memeriksa, pada bila-bila masa, premis dan rekod mana-mana orang yang berdaftar dengan

Pihak Berkuasa Pengurusan.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan —

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 686

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.

Report