Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian II
Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian II
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pihak Berkuasa hendaklah memberikan kepada Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti-aktiviti Pihak Berkuasa sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada
Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada mana
mana pihak berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti-aktiviti Pihak Berkuasa sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya.
Laporan di bawah subseksyen (2) hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Pihak Berkuasa sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Bahagian VI