Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian VI · Kewangan
33. Kumpulan Wang
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan
Wang Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar” yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Pihak Berkuasa ditubuhkan.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa;
apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Pihak Berkuasa daripada pinjaman yang dibuat oleh Pihak Berkuasa;
semua wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
semua wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, kumpulan wang pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Pihak Berkuasa;
38
Undang-Undang Malaysia
apa-apa harta, pelaburan, kumpulan wang pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Pihak Berkuasa;
jumlah wang yang dipinjam oleh Pihak Berkuasa bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;
fi, kos, levi, sumbangan dan caj lain yang dikenakan oleh
Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
semua wang yang didapati daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;
semua jumlah wang atau harta lain, selain jumlah wang yang disebut dalam perenggan 28(2)(b) dan subseksyen 37(2), yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Pihak Berkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya; dan
semua wang lain yang diterima dengan sah oleh Pihak
Berkuasa.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang