Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian II
Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian II
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Pihak Berkuasa
Wilayah Pembangunan Iskandar” ditubuhkan.
Pihak Berkuasa adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
Pihak Berkuasa boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Pihak Berkuasa boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—
membuat kontrak;
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 11
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Pihak Berkuasa.
Bahagian VI