Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian III
Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian III
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (3), Pihak Berkuasa boleh, dari semasa ke semasa, mengambil khidmat apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat sebagaimana yang difikirkan wajar dan perlu oleh Pihak Berkuasa dan atas apa-apa terma yang difikirkannya sesuai bagi menjalankan maksud Akta ini.
Tiada seorang pun layak untuk diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Pihak Berkuasa jika dia mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau menerusi pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 25
Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa.
Bantuan kewangan kepada anggota, pegawai, pekhidmat dan orang lain
Bahagian VI