Skip to content

Seksyen 27

Pembangunan strategik yang ditetapkan

of Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007

ActIn forceProvision 27 of 56
Seksyen 27

(1)

Pihak Berkuasa dengan persetujuan Jawatankuasa Perancang

Negeri boleh menetapkan apa-apa pembangunan atau mana-mana kawasan atau kawasan-kawasan dalam Wilayah Pembangunan

Iskandar yang mungkin mempunyai kesan ekonomi yang penting kepada Wilayah Pembangunan Iskandar masing-masing sebagai suatu pembangunan strategik yang ditetapkan atau kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan.

(2)

Mana-mana orang atau Entiti Kerajaan yang berniat untuk menjalankan—

(a)

apa-apa pembangunan strategik yang ditetapkan; atau

(b)

apa-apa pembangunan dalam kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan, hendaklah mula-mula sekali merujuk cadangan pembangunan itu kepada Pihak Berkuasa untuk mendapatkan arahannya sebelum menjalankan pembangunan yang dicadangkan itu.

(3)

Arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2) adalah untuk memastikan pematuhan dan keselarasan dengan kandungan

Rancangan Pembangunan Komprehensif yang diluluskan yang tidak dimasukkan ke dalam suatu draf rancangan tempatan menurut subseksyen 24(4).