Seksyen 26
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
ActIn forceProvision 22 of 121
Seksyen 26
(1)
Selepas mendaftarkan sesuatu perkahwinan dan selepas dibayar kepadanya fee yang ditetapkan,
Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu surat per-akuan nikah dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak bagi perkahwinan itu.
(2)
Pendaftar hendaklah juga, selepas dibayar fee yang ditetapkan, mengeluarkan suatu surat perakuan ta’liq dalam borang yang ditetapkan kepada tiap-tiap satu pihak bagi perkahwinan itu.