Skip to content

Seksyen 81

of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

ActIn forceProvision 75 of 121

Seksyen 81

(1)

Tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

(2)

Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syara’ dari mem-punyai hak terhadap hadanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendak-lah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu—

(a)

nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;

(b)

bapa;

(c)

nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkat-nya;

(@) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;

(e)

kakak atau adik perempuan seibu;

(f)

kakak atau adik perempuan sebapa;

[Bah, VII, S. 81-82]

UNDANG-UNDANG KELUARGA. ISLAM 53

(g)

anak perempuan dari kakak atau adik perem-puan seibu sebapa;

(A)

anak perempuan dari kakak atau adik seibu;

(i)

anak perempuan dari kakak atau adik perem-puan sebapa;

(j)

emak saudara sebelah ibu;

(k)

emak saudara sebelah bapa;

(1)

waris lelaki yang boleh menjadi warisnya se-bagai ‘asabah atau residuari,;

Cangan- --

(3)

Tiada seseorang lelaki berhak terhadap penjagaan seseorang kanak-kanak perempuan melainkan lelaki itu adalah seorang muhrim, iaitu, dia mempunyai pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu dalam mana dia dilarang berkahwin dengannya.

(4)

/Jika ada beberapa orang dari keturunan atau peringkat yang sama, kesemuanya sama berkelayakan dan bersetuju menjaga kanak-kanak itu, penjagaan hendaklah diamanahkan kepada orang yang mem-punyai sifat-sifat paling mulia yang menunjukkan per-rasaan paling kasih sayang kepada kanak-kanak itu, dan jika kesemuanya sama mempunyai sifat-sifat ke-muliaan, maka yang tertua antara mereka adalah ber-hak mendapat keutamaan.