Skip to content

Seksyen 7

of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

ActIn forceProvision 7 of 121

Seksyen 7

(1)

Sesuatu perkahwinan di Wilayah Persekutuan hendaklah mengikut peruntukan Akta ini dan hendak-lah diakadnikahkan mengikut Hukum Syara’ oleh—

(a)

wali di hadapan Pendaftar;

(b)

wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran

Pendaftar; atau

(c)

Pendaftar sebagai wakil wali.

(2)

Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syara’, perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali Raja.