Skip to content

Seksyen 15

Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain

of Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972

ActIn forceProvision 15 of 38
Seksyen 15
(1)

Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16, Lembaga boleh melantik atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya wajar pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini.

(2)

Tiada seorang pun yang mempunyai secara langsung atau secara tidak langsung, sama ada sendiri atau melalui pekongsinya apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak atau sesuatu kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga layak diambil bekerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga.

(3)

Seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga yang mempunyai atau memperoleh sesuatu syer atau kepentingan tersebut boleh, menurut budi bicara Lembaga, dibuang kerja terus tanpa notis.