Skip to content

Seksyen 15B

Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib

of Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972

ActIn forceProvision 17 of 38
Seksyen 15B
(1)

Suatu Lembaga Rayuan Tatatertib bagi Lembaga hendaklah diadakan yang terdiri daripada ahli yang berikut:

(a)

Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib itu dan hendaklah mempunyai undi pemutus; dan

(b)

tiga orang ahli Lembaga, yang bukan ahli Jawatankuasa Tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib itu dengan kelulusan Lembaga bagi maksud rayuan itu.

(2)

Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan yang dibuat di bawah seksyen 15A, seseorang ahli Jawatankuasa Tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga ahli Lembaga tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding berhubungan dengan rayuan itu.