Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Kewangan
18. Pengimbangan akaun hasil
Feedback & supportLembaga hendaklah mempunyai kewajipan untuk memelihara Kumpulan Wang dengan menjalankan dan menyempurnakan kuasa, fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini supaya jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 8, cukup untuk membayar semua wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuk, tanpa menyentuh keluasan ungkapan itu, peruntukan berkenaan dengan obligasinya di bawah seksyen 17 dan 19 dan kesusutan dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.