Skip to content

Seksyen 21

Perbelanjaan dan penyediaan Anggaran

of Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972

ActIn forceProvision 24 of 38
Seksyen 21
(1)

Perbelanjaan Lembaga hingga sebanyak yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah menghantar kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan dengan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya itu Menteri hendaklah memberitahu Lembaga jumlah wang yang dibenarkan untuk perbelanjaan amnya atau jumlah wang yang dibenarkan bagi setiap satu jenis perbelanjaan.

(3)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, menghantar kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran tambahan itu.

(4)

Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya menghantar salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut manamana yang berkenaan, kepada Kerajaan Negeri atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.