Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Kuasa Lain Lembaga
24. Kuasa untuk meminjam
Feedback & supportLembaga boleh, dari semasa ke semasa meminjam, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa syarat tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi menjelaskan mana-mana daripada obligasinya atau bagi menjalankan mana-mana kewajipannya.
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, meminjam wang dengan mengeluarkan bon, debentur atau saham debentur, atau mendapatkan modal dengan mengeluarkan syer atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat bagi segala atau mana-mana daripada maksud yang berikut:
mengadakan modal kerja;
menunaikan kewajipan Lembaga di bawah Akta ini;
menunaikan apa-apa fungsi tambahan yang dijalankan oleh Lembaga di bawah Akta ini;
menebus apa-apa syer atau saham yang ia dikehendaki atau berhak menebusnya; dan
apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.