Skip to content

Seksyen 29

Pengambilan tanah dengan paksa

of Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972

ActIn forceProvision 33 of 38
Seksyen 29
(1)

Apabila apa-apa harta tak alih yang bukan tanah Kerajaan perlu diperoleh oleh Lembaga bagi maksud Akta ini, harta itu boleh diperoleh mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam, yang pada masa ini berkuat kuasa di Negeri itu, dan apa-apa akuan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar oleh Lembaga; dan akuan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah ia suatu akuan bahawa tanah itu diperlukan bagi suatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.

(2)

Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan mana-mana harta tak alih yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.

(3)

Apabila apa-apa harta tak alih telah diperoleh di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa cukai yang mungkin dikenakan atas harta itu.