Seksyen 2
Ordinan Buruh Sabah [Sabah Bab 67], yang disebut “Ordinan”
of Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025
dalam Akta ini, dipinda—
(a)
dalam seksyen 4, 5, 6, 96, 97, 108, 125, 128 dan 129, dengan menggantikan perkataan “Commissioner”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Director”;
4
Undang-Undang Malaysia
Akta A1753
(b)
dalam seksyen 4, 6, 10, 91, 96, 102 dan 110, dengan menggantikan perkataan “worker” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “employee”;
(c)
dalam subseksyen 96(2) dan subseksyen 102(3), dengan menggantikan perkataan “the Colony” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Sabah”; dan
(d)
dalam seksyen 100 dan perenggan 130o(2)(j), dengan menggantikan perkataan “domestic servants” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “domestic employees”.
Pindaan seksyen 2