Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007

ActIn forceProvision 2 of 27
Seksyen 2
(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anak negeri” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Ordinan Tafsiran (Takrif Anak

Negeri) 1952 [Sabah Bab 64] sebagaimana terpakai bagi Wilayah

Persekutuan Labuan menurut kuasa Perintah Wilayah Persekutuan

Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Tafsiran (Takrif Anak Negeri))

1984 [P.U. (A) 171/1984];

6

Undang-Undang Malaysia

Akta 667

“badan berkanun” ertinya badan berkanun Persekutuan;

“Daftar Hakmilik Anak Negeri” ertinya Daftar Hakmilik Anak

Negeri yang disebut dalam seksyen 5;

“Jawatankuasa Kerja Tanah” ertinya Jawatankuasa Kerja Tanah

Wilayah Persekutuan Labuan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 12(1) Kanun;

“Kanun” ertinya Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] sebagaimana yang diperluas dan terpakai bagi Wilayah Persekutuan Labuan menurut kuasa seksyen 7 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2)

1984 [Akta A585];

“komuniti anak negeri” mempunyai erti yang diberikan kepada

“anak negeri” dalam seksyen 2 Ordinan Tafsiran (Takrif Anak

Negeri) 1952 sebagaimana terpakai bagi Wilayah Persekutuan

Labuan menurut kuasa Perintah Wilayah Persekutuan Labuan

(Pengubahsuaian Ordinan Tafsiran (Takrif Anak Negeri))1984;

“Mahkamah Tinggi” ertinya Mahkamah Tinggi di Sabah dan

Sarawak;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi tanah di Wilayah Persekutuan Labuan;

“Ordinan Tanah” ertinya Ordinan Tanah Sabah [Bab 68]

sebagaimana terpakai bagi Wilayah Persekutuan Labuan menurut kuasa Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Ubah Suaian Ordinan

Tanah) 1984 [P.U. (A) 291/1984];

“pegangan anak negeri” ertinya mana-mana tanah yang didaftarkan atas nama seseorang anak negeri;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Hakmilik yang dilantik di bawah subseksyen 12(1b) Kanun dan termasuklah Timbalan Pendaftar

Hakmilik;

“Pengarah Negeri” ertinya Pengarah Tanah dan Galian Wilayah

Persekutuan Labuan yang dilantik di bawah subseksyen 12(1b)

Kanun dan termasuklah Timbalan Pengarah Tanah dan Galian;

“Rizab Anak Negeri” ertinya Rizab Anak Negeri yang disebut dalam seksyen 25;

“tanah persekutuan” ertinya mana-mana tanah di Wilayah

Persekutuan Labuan yang belum dilupuskan mengikut apa-apa cara;

Hakmilik Anak Negeri Labuan 7

“Wilayah Persekutuan Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan

Labuan sebagaimana yang diperihalkan di bawah seksyen 2 Akta

Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585].

(2)

Bagi maksud Akta ini, sesuatu syarikat, koperasi atau pertubuhan hendaklah, jika dan selagi tiap-tiap anggota syarikat, koperasi atau pertubuhan itu merupakan anak negeri, disifatkan sebagai anak negeri, walau apa pun takrif “anak negeri” dalam seksyen ini.