Skip to content

Seksyen 25

of Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007

ActIn forceProvision 25 of 27

Seksyen 25

(1)

Menteri boleh, jika difikirkannya perlu untuk melindungi kepentingan pada masa kini dan masa hadapan serta kesejahteraan anak negeri Wilayah Persekutuan Labuan, mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah persekutuan, yang sempadannya telah diukur, sebagai Rizab Anak Negeri bagi apa-apa maksud yang diluluskan olehnya.

(2)

Tiap-tiap perisytiharan hendaklah—

(a)

memperihalkan dengan lengkap tanah yang diisytiharkan sebagai Rizab Anak Negeri dan bagi maksud ini rujukan kepada tanah itu melalui nombor Lot Ukurnya hendaklah dianggap dan disifatkan sebagai perihalan lengkap mengenainya;

(b)

menyatakan maksud yang baginya tanah itu dirizabkan;

(c)

menyatakan terma dan syarat yang berdasarkannya perizaban itu dibuat; dan

(d)

disiarkan dalam Warta.

(3)

Menteri boleh, jika difikirkannya patut, melantik seorang pemegang amanah atau lebih untuk mengawal dan menguruskan mana-mana Rizab Anak Negeri yang diisytiharkan di bawah seksyen ini.

(4)

Dalam mana-mana hal jika dibuktikan dengan memuaskan hati Pengarah Negeri bahawa—

(a)

pemegang amanah yang dilantik sedemikian enggan, abai atau gagal menjalankan tugasnya dengan cekap sebagai pemegang amanah atau telah mati, Menteri boleh, atas syor oleh Pengarah Negeri, melepaskan pemegang amanah yang ingkar dan melantik seorang pemegang amanah yang baru sebagai ganti pemegang amanah yang dahulunya dilantik atau telah mati; atau

Hakmilik Anak Negeri Labuan 15

(b)

anggota komuniti anak negeri yang demi kepentingannya dan yang bagi faedahnya Rizab Anak Negeri telah diisytiharkan dengan sengaja atau tanpa sebab yang munasabah tidak mematuhi syarat-syarat yang rizab itu tertakluk, Menteri boleh, atas syor oleh Pengarah Negeri, menyebabkan rizab itu dibatalkan.

(5)

Menteri boleh, jika difikirkannya patut, pada bila-bila masa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan perisytiharan mana-mana Rizab Anak Negeri atau sebahagian daripada mana-mana Rizab Anak Negeri di bawah Akta ini, atau selainnya boleh menambah atau mengubah mana-mana terma atau syarat yang dikenakan pada Rizab Anak Negeri itu.

(6)

Tiada dokumen hakmilik boleh didaftarkan berkenaan dengan mana-mana tanah di dalam Rizab Anak Negeri yang diisytiharkan di bawah seksyen ini.

(7)

Mana-mana Rizab Anak Negeri yang diisytiharkan di bawah Ordinan Tanah sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, terus menjadi

Rizab Anak Negeri.

(8)

Seseorang yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa

Akta ini telah dilantik sebagai pemegang amanah yang baginya pelantikan boleh dibuat di bawah Akta ini hendaklah terus menjadi pemegang amanah sedemikian dan disifatkan bagi maksud Akta ini sebagai telah dilantik sedemikian di bawah

Akta ini.