Seksyen 17
of Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007
Seksyen 17
Tertakluk kepada subseksyen (2), jika mana-mana pegangan anak negeri yang dimasukkan dalam Daftar Hakmilik
Anak Negeri dibebankan, pegangan itu boleh dijual atas kehendak pembeban di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini.
(2)
Tiada pegangan sedemikian boleh dijual kepada mana-mana bukan anak negeri jika pada tarikh pendaftaran bebanan itu, tuan punya tunggal atau mana-mana tuan punya bersama tanah itu ialah seorang anak negeri dan pegangan itu adalah pada tarikh itu dimasukkan dalam Daftar Hakmilik Anak Negeri selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.
(3)
Dalam seksyen ini, sesuatu “bebanan” termasuklah gadaian, kaveat yang menyokong lien melalui pendepositan dokumen hakmilik, penahanan dalam pelaksanaan sesuatu dekri atau perintah lain mahkamah dan penahanan sebelum penghakiman dan “pembeban” termasuklah pemegang gadaian, pengkaveat yang telah menyebabkan didaftarkan kaveat itu seperti yang disebut terdahulu, pemiutang yang menahan dan plaintif yang memperoleh penahanan sebelum penghakiman.
Pegangan anak negeri boleh dipajakkan atau dipindahkan hakmilik kepada Perbadanan Labuan atau Majlis Agama