Skip to content

Seksyen 101

Penyata syarikat Langkawi asing

of Akta Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2005 (Belum Berkuat Kuasa)

ActIn forceProvision 101 of 127
Seksyen 101

(1)

Sesuatu syarikat Langkawi asing hendaklah membuat suatu penyata berkenaan dengan syarikat itu bagi tiap-tiap tahun kalendar.

(2)

Penyata itu hendaklah mengandungi butir yang ditetapkan dan mengikut bentuk yang ditetapkan bagi maksud itu atau yang seberapa hampir dengannya sebagaimana hal keadaan membenarkan.

(3)

Pendaftar boleh, sebagaimana dalam hal keadaan yang disifatkan perlu melalui notis bertulis, menghendaki suatu syarikat

Langkawi asing untuk menyerahkan kepada Pendaftar suatu penyata berkenaan dengan syarikat itu bagi suatu tahun kalendar tertentu.