Skip to content
PendingUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2005 (Belum Berkuat Kuasa)

Feedback & support

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Syarikat Kapal Layar

Antarabangsa Langkawi 2005.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Tafsiran

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“aktiviti yang berhubungan dengan kapal layar” ertinya pemunyaan kapal layar, pemunyaan pesawat udara (terutamanya helikopter) yang dibawa di atas sesuatu kapal layar, pengurusan kapal layar, pengambilan anak kapal dalam kapal layar dan latihannya, pencarteran kapal layar, pembrokeran kapal layar

*CATATAN—Akta ini masih belum berkuat kuasa.

12

Undang-Undang Malaysia

atau selainnya pemasaran, pembekalan dan perkhidmatan kapal layar, keselamatan kapal layar, aktiviti atau kemudahan rekreasi atau percutian yang berhubungan dengan kapal layar, atau apa-apa perniagaan lain yang berhubungan dengan kapal layar dan pelayaran sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar;

“buku” termasuklah apa-apa daftar atau rekod maklumat yang lain dan apa-apa akaun atau rekod perakaunan, tidak kira bagaimana sekalipun ia disusun, direkodkan atau disimpan, dan juga termasuk apa-apa dokumen;

“bulan” ertinya suatu tempoh selama tiga puluh hari;

“debentur” ertinya apa-apa sekuriti bagi sesuatu perbadanan berhubung dengan sesuatu gadaian ke atas aset perbadanan itu;

“dicetak” termasuklah ditaip atau dilitograf atau dikeluarkan semula dengan apa-apa cara mekanikal;

“diperakui” ertinya diperakui mengikut cara yang ditetapkan sebagai suatu dokumen tertentu atau sebagai suatu salinan benar dokumen itu;

“diserahkan” ertinya diserahkan mengikut peruntukan Akta ini;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini;

“dokumen” termasuklah saman, perintah dan proses undang-undang lain, serta notis dan daftar;

“dolar” ertinya suatu unit dolar dalam mata wang Amerika

Syarikat;

“entiti pengurusan” ertinya perbadanan yang diberi kuasa oleh

Menteri untuk bertindak bagi pihak sesuatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing di bawah seksyen 102 Akta ini;

“gadaian” termasuklah suatu gadai janji dan apa-apa perjanjian bagi memberi atau menyempurnakan suatu gadaian atau gadai janji sama ada atas tuntutan atau selainnya;

“juruaudit yang diluluskan” ertinya seseorang yang diluluskan di bawah subseksyen 16(1);

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 13

“Langkawi” ertinya Pulau Langkawi dan semua pulau yang bersebelahan yang lebih hampir kepada Pulau Langkawi daripada tanah besar;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seseorang hakim

Mahkamah Tinggi;

“memorandum”, berhubung dengan sesuatu syarikat Langkawi, ertinya memorandum persatuan syarikat itu yang sedang berkuat kuasa, dan berhubung dengan sesuatu syarikat Langkawi asing, ertinya piagam, statut, memorandum persatuan atau surat cara yang menjadi atau menentukan perlembagaan syarikat itu;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;

“modal syer terbitan”, berhubung dengan syer nilai tara, ertinya, pada bila-bila masa tertentu, jumlah nilai tara semua syer suatu syarikat Langkawi yang telah diterbitkan;

“orang” termasuklah sesuatu perbadanan, perkongsian, kumpulan orang dan perbadanan seorang;

“pakar” ertinya seorang jurutera, penilai, akauntan, juruaudit dan mana-mana orang lain yang profesion atau reputasinya memberi autoriti kepada sesuatu pernyataan yang dibuat olehnya;

“pegawai”, berhubung dengan sesuatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing, termasuklah—

(a)

mana-mana pengarah, setiausaha atau orang lain yang dilantik di bawah suatu resolusi pengarah untuk memegang suatu jawatan yang dinyatakan;

(b)

mana-mana penerima dan pengurus mana-mana bahagian pengusahaan syarikat itu yang dilantik di bawah suatu kuasa yang terkandung dalam mana-mana surat cara;

dan

(c)

mana-mana pelikuidasi syarikat itu yang dilantik dalam suatu penggulungan sukarela;

14

Undang-Undang Malaysia

tetapi tidaklah termasuk—

(d)

mana-mana penerima yang juga bukannya seorang pengurus;

(e)

mana-mana penerima dan pengurus yang dilantik oleh

Mahkamah; atau

(f)

mana-mana pelikuidasi yang dilantik oleh Mahkamah atau oleh pemiutang;

“pelikuidasi yang diluluskan” ertinya seseorang yang diluluskan di bawah subseksyen 18(1);

“pemastautin” ertinya—

(a)

berhubung dengan orang sebenar, seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; atau

(b)

berhubung dengan mana-mana orang lain, seorang yang telah menubuhkan suatu tempat perniagaan dan mengendalikan perniagaannya di Malaysia, dan termasuklah seseorang yang diisytiharkan sebagai pemastautin menurut seksyen 43 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953

[Akta 17];

“penaja”, berhubung dengan sesuatu prospektus yang dikeluarkan oleh atau yang berkaitan dengan suatu syarikat Langkawi, ertinya seorang penaja syarikat itu yang menjadi suatu pihak dalam penyediaan prospektus atau mana-mana bahagian prospektus itu yang berkaitan, tetapi tidak termasuk mana-mana orang yang bertindak hanya oleh sebab sifat profesionalnya atau atas sifatnya sebagai penasihat;

“pencarum”, berhubung dengan sesuatu syarikat Langkawi, ertinya seseorang yang bertanggungan untuk mencarum kepada aset syarikat itu sekiranya syarikat itu digulungkan, dan termasuklah pemegang syer berbayar penuh dalam syarikat itu dan, sebelum penentuan muktamad orang yang menjadi pencarum, termasuklah mana-mana orang yang dikatakan sebagai seorang pencarum;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan termasuklah mana-mana Pendaftar Rantau,

Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar Syarikat;

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 15

“pengarah” ertinya mana-mana orang, tidak kira dengan apa jua namanya disebut, yang memegang jawatan pengarah sesuatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing, dan termasuklah seseorang yang mengikut arahan atau petunjuknya pengarah syarikat sedemikian biasanya bertindak dan seorang pengarah gilir atau ganti;

“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“perbadanan” ertinya sesuatu syarikat Langkawi, syarikat

Langkawi asing, syarikat domestik atau syarikat asing;

“pos” termasuklah komunikasi melalui mel, e-mel, kurier, tambang muatan, teleks atau faksimile;

“prospektus” ertinya apa-apa prospektus, notis, pekeliling, iklan atau pelawaan yang mempelawa permohonan atau tawaran daripada awam untuk melanggan atau membeli, atau yang menawarkan kepada awam untuk dilanggan atau dibeli, mana-mana syer atau mana-mana unit syer dalam sesuatu syarikat Langkawi atau syarikat

Langkawi yang dicadangkan;

“syarikat asing” ertinya—

(a)

sesuatu syarikat, pertubuhan, persatuan atau badan lain yang diperbadankan di luar Malaysia; atau

(b)

sesuatu pertubuhan, persatuan atau badan lain yang tidak diperbadankan yang di bawah undang-undang tempat asalnya boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya, atau memegang harta atas nama setiausaha atau pegawai lain pertubuhan, persatuan atau badan itu yang dilantik dengan sewajarnya bagi maksud itu, dan yang tidak mempunyai ibu pejabat atau tempat utama perniagaannya di Malaysia;

“syarikat domestik” ertinya sesuatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965;

“syarikat Langkawi” ertinya sesuatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta ini dan yang menjalankan aktiviti yang berhubungan dengan kapal layar;

16

Undang-Undang Malaysia

“syarikat Langkawi asing” ertinya sesuatu syarikat asing yang didaftarkan di bawah Bahagian VIII;

“syer”, berhubung dengan sesuatu syarikat Langkawi, ertinya suatu syer dalam modal syer syarikat itu, dan termasuklah saham;

“tarikh pembayaran fi tahunan” ertinya tarikh yang fi tahunan bagi sesuatu syarikat Langkawi hendaklah kena dibayar menurut subseksyen 21(6);

“umpuk” termasuklah jual, terbit, serah hak dan pindah hak;

dan “pengumpukan” mempunyai erti yang bersamaan.

(2)

Bagi maksud Akta ini, seseorang hendaklah disifatkan memegang sesuatu kepentingan benefisial dalam sesuatu syer—

(a)

jika orang itu, sama ada berseorangan atau bersama dengan orang lain, berhak (selainnya sebagai seorang pemegang amanah bagi, bagi pihak, atau oleh sebab, orang lain)

untuk menerima, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa dividen berkenaan dengan syer itu atau untuk menjalankan, atau untuk mengawal penjalanan, apa-apa hak yang berkait dengan syer itu; atau

(b)

jika orang itu, iaitu suatu perbadanan, memegang apa-apa kepentingan benefisial dalam sesuatu syer perbadanan lain yang memegang, atau yang subsidiarinya memegang, apa-apa kepentingan benefisial dalam syer yang mula-mula disebut itu.

(3)

Apabila dalam Akta ini mana-mana orang yang memegang atau menduduki sesuatu jawatan atau kedudukan tertentu disebut atau dirujuk, sebutan atau rujukan itu hendaklah, melainkan jika didapati tujuan yang berlawanan, dikira termasuk semua orang yang hendaklah pada bila-bila masa selepas itu menduduki buat sementara waktu jawatan atau kedudukan itu.

(4)

Mana-mana peruntukan Akta ini yang mengatasi atau mentafsirkan perkara persatuan bagi sesuatu perbadanan hendaklah, kecuali jika diperuntukkan selainnya oleh Akta ini, terpakai berhubung dengan perkara persatuan yang berkuat kuasa pada permulaan kuat kuasa Akta ini, dan juga kepada perkara persatuan

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 17

yang mula berkuat kuasa selepas itu, dan hendaklah juga terpakai berhubung dengan memorandum suatu perbadanan sebagaimana ia terpakai berhubung dengan perkara persatuan perbadanan itu.

(1)

Bagi maksud Akta ini, sesuatu perbadanan hendaklah, tertakluk kepada peruntukan subseksyen (3), disifatkan sebagai suatu subsidiari perbadanan yang lain jika—

(a)

perbadanan yang satu lagi itu—

(i)

mengawal keanggotaan lembaga pengarah perbadanan yang mula-mula disebut itu;

(ii)

mengawal lebih daripada setengah kuasa pengundian perbadanan yang mula-mula disebut itu; atau

(iii)

memegang lebih daripada setengah modal syer terbitan perbadanan yang mula-mula disebut itu

(tidak termasuk mana-mana bahagiannya yang tidak mempunyai apa-apa hak untuk melibatkan diri yang melebihi sesuatu amaun yang dinyatakan dalam pembahagian sama ada keuntungan atau modal); atau

(b)

perbadanan yang mula-mula disebut itu adalah suatu subsidiari mana-mana perbadanan yang menjadi subsidiari perbadanan yang satu lagi itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), keanggotaan lembaga pengarah suatu perbadanan hendaklah disifatkan dikawal oleh perbadanan yang lain jika perbadanan yang satu lagi itu, melalui penjalanan kuasa yang boleh dijalankannya tanpa keizinan atau persetujuan mana-mana orang lain, boleh melantik atau memberhentikan semua atau majoriti pengarah itu, dan bagi maksud peruntukan ini perbadanan yang satu lagi itu hendaklah disifatkan mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan sedemikian jika—

(a)

seseorang tidak boleh dilantik sebagai seorang pengarah tanpa penjalanan kuasa sedemikian bagi faedahnya oleh perbadanan yang satu lagi itu; atau

(b)

pelantikan seseorang sebagai seorang pengarah semestinya berikutan daripada kedudukannya sebagai pengarah atau pegawai lain perbadanan yang satu lagi itu.

18

Undang-Undang Malaysia

(3)

Dalam menentukan sama ada sesuatu perbadanan adalah suatu subsidiari perbadanan yang lain—

(a)

apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh perbadanan yang satu lagi itu atas sifat pemegang amanah atau fidusiari hendaklah dikira sebagai tidak dipegang atau tidak boleh dijalankan olehnya;

(b)

tertakluk kepada perenggan (c) dan (d), apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan—

(i)

oleh mana-mana orang sebagai penama bagi perbadanan yang satu lagi itu (kecuali jika perbadanan yang satu lagi itu hanya terlibat atas sifat pemegang amanah atau fidusiari); atau

(ii)

oleh, atau oleh penama bagi, sesuatu subsidiari perbadanan yang satu lagi itu, yang bukannya suatu subsidiari yang hanya terlibat atas sifat pemegang amanah atau fidusiari, hendaklah dikira sebagai dipegang atau boleh dijalankan oleh perbadanan yang satu lagi itu;

(c)

apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh mana-mana orang menurut kuasa peruntukan mana-mana debentur perbadanan yang mula-mula disebut itu atau suatu surat ikatan amanah bagi menjamin apa-apa penerbitan debentur sedemikian tidaklah boleh diambil kira; dan

(d)

apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh, atau oleh penama bagi, perbadanan yang satu lagi itu atau subsidiarinya (yang tidak dipegang atau tidak boleh dijalankan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (c)) hendaklah dikira sebagai tidak dipegang atau tidak boleh dijalankan oleh perbadanan yang satu lagi itu jika perniagaan biasa perbadanan yang satu lagi itu atau subsidiarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, termasuk pemberian pinjaman wang dan syer itu dipegang atau kuasa itu boleh dijalankan sebagaimana yang disebut terdahulu sebagai suatu jaminan hanya bagi maksud suatu transaksi yang dibuat dalam perjalanan biasa perniagaan itu.

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 19

(4)

Sesuatu rujukan dalam Akta ini kepada syarikat pemegangan suatu perbadanan hendaklah dibaca sebagai suatu rujukan kepada suatu perbadanan yang perbadanan yang terakhir disebut itu adalah suatu subsidiari.

s 4Syarikat berkaitan

Jika sesuatu perbadanan—

(a)

adalah syarikat pemegangan suatu perbadanan yang lain;

(b)

adalah suatu subsidiari suatu perbadanan yang lain;

atau

(c)

adalah suatu subsidiari syarikat pemegangan suatu perbadanan yang lain, perbadanan yang mula-mula disebut itu dan perbadanan yang satu lagi itu hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan sebagai berkaitan antara satu sama lain.

s 5Ketidakpakaian Akta Syarikat 1965

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya dalam Akta ini, peruntukan Akta Syarikat 1965 tidak terpakai kepada sesuatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta ini.

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), sesuatu syarikat

Langkawi boleh menjalankan apa-apa perniagaan yang sah di sisi undang-undang berkenaan dengan aktiviti yang berhubungan dengan kapal layar, tetapi syarikat itu tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan dengan seseorang pemastautin Malaysia kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3).

(2)

Perniagaan yang dirujuk dalam subseksyen (1) sekiranya dijalankan dalam, dari atau melalui Malaysia, hendaklah hanya dijalankan dalam, dari atau melalui Langkawi.

20

Undang-Undang Malaysia

(3)

Tiada syarikat Langkawi boleh menjalankan apa-apa perniagaan dengan seseorang pemastautin Malaysia kecuali berhubung dengan aktiviti yang berhubungan dengan kapal layar atau memperoleh pembiayaan atau pemberian pinjaman berhubung dengan aktiviti yang berhubungan dengan kapal layar.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), suatu syarikat Langkawi tidak boleh dikira sebagai menjalankan perniagaan dengan orang yang bermastautin di Malaysia hanya oleh sebab—

(a)

syarikat itu membuat atau menyenggarakan deposit dengan seseorang yang menjalankan perniagaan di dalam

Malaysia;

(b)

syarikat itu membuat atau mengadakan perhubungan profesional dengan mana-mana peguam dan wakil, akauntan, penyimpan kira, penasihat pelaburan, pemegang amanah atau orang lain yang seumpama yang menjalankan perniagaan di dalam Malaysia;

(c)

syarikat itu menyedia atau menyenggarakan buku dan rekod di dalam Malaysia;

(d)

syarikat itu mengadakan, di dalam Malaysia, mesyuarat pengarah atau anggotanya;

(e)

syarikat itu memperoleh atau memegang apa-apa pajakan mana-mana harta bagi maksud pengendaliannya atau sebagai tempat penginapan bagi pegawai atau pekerjanya;

(f)

syarikat itu memegang syer, obligasi hutang atau sekuriti lain dalam suatu syarikat Langkawi; atau

(g)

seorang pemastautin Malaysia memegang syer dalam syarikat Langkawi itu.

(5)

Suatu syarikat Langkawi boleh diuruskan oleh satu anggotanya atau lebih, yang dalam ini dirujuk sebagai “anggota pengurusan”, dan jika diuruskan sedemikian, hendaklah mempunyai apa-apa perkataan bersesuaian atau singkatannya dalam huruf rumi yang memperihalkannya sedemikian.

(6)

Anggota pengurusan yang dirujuk dalam subseksyen (5)

hendaklah, bagi maksud Akta ini, dianggap sebagai pengarah syarikat Langkawi itu.

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 21

Bahagian II

Pentadbiran Akta

Bahagian III

Penubuhan Syarikat

Bahagian IV

Syer dan Gadaian

Bahagian V

Pengurusan dan Pentadbiran

Bahagian VI

Bahagian VII

Perkiraan dan Pembentukan Semula

Bahagian VIII

Syarikat Langkawi Asing

Bahagian IX

Entiti Pengurusan

Bahagian X

Pelbagai

Schedules