Skip to content

Seksyen 20

Pembentukan syarikat

of Akta Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2005 (Belum Berkuat Kuasa)

ActIn forceProvision 20 of 127
Seksyen 20

(1)

Tertakluk kepada Akta ini, mana-mana orang boleh, dengan menurunkan tandatangannya pada suatu memorandum dan mematuhi kehendak mengenai pendaftaran, membentuk suatu syarikat Langkawi bagi apa-apa perniagaan yang sah di sisi undang-undang yang berkenaan dengan aktiviti yang berhubungan dengan kapal layar.

(2)

Jika penandatangan kepada memorandum itu ialah suatu perbadanan, memorandum itu boleh ditandatangani oleh perbadanan itu di bawah meterainya atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya bagi pihaknya.

(3)

Tiap-tiap syarikat Langkawi hendaklah suatu syarikat yang terhad mengikut syer.