Skip to content
PendingUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III · Penubuhan Syarikat

24. Kehendak mengenai memorandum

Feedback & support
(1)

Memorandum bagi tiap-tiap syarikat Langkawi hendaklah bercetak dan dibahagikan kepada perenggan bernombor dan bertarikh dan hendaklah menyatakan yang berikut:

(a)

nama syarikat itu;

(b)

matlamat syarikat itu;

38

Undang-Undang Malaysia

(c)

amaun modal syer yang dengannya syarikat itu dicadang hendak didaftarkan dan pembahagiannya kepada syer bagi amaun yang tetap;

(d)

nama penuh dan alamat setiap penandatangan kepada memorandum itu; dan

(e)

bahawa penandatangan atau penandatangan-penandatangan kepada memorandum itu berhasrat supaya dibentuk menjadi suatu syarikat Langkawi menurut memorandum itu dan masing-masing bersetuju untuk mengambil bilangan syer dalam modal syarikat itu yang dinyatakan bersetentangan dengan nama mereka masing-masing.

(2)

Anggota syarikat Langkawi hendaklah bertanggungan kepada syarikat itu bagi amaun yang tidak berbayar bagi syer mereka tetapi liabiliti mereka sebagai anggota adalah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, terhad kepada amaun, jika ada, yang tidak berbayar bagi syer yang dipegang oleh mereka.

Report

Bahagian IV

Syer dan Gadaian

Bahagian V

Pengurusan dan Pentadbiran

Bahagian VI

Bahagian VII

Perkiraan dan Pembentukan Semula

Bahagian VIII

Syarikat Langkawi Asing

Bahagian IX

Entiti Pengurusan

Bahagian X

Pelbagai

Schedules