Seksyen 4
Syarikat berkaitan
of Akta Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2005 (Belum Berkuat Kuasa)
ActIn forceProvision 4 of 127
Seksyen 4
Jika sesuatu perbadanan—
(a)
adalah syarikat pemegangan suatu perbadanan yang lain;
(b)
adalah suatu subsidiari suatu perbadanan yang lain;
atau
(c)
adalah suatu subsidiari syarikat pemegangan suatu perbadanan yang lain, perbadanan yang mula-mula disebut itu dan perbadanan yang satu lagi itu hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan sebagai berkaitan antara satu sama lain.