Law Reform (Eradication of Illicit Samsu) Act 1976 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Peruntukan Mengenai Keterangan dan Perbicaraan
19. Pernyataan boleh diterima sebagai keterangan
Feedback & supportJika seseorang dipertuduh atas sesuatu kesalahan terhadap
Akta ini apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada semasa sesuatu penyiasatan polis atau tidak dan sama ada atau tidak kesemua atau sebahagian daripadanya bagi menjawab soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran mana-mana pegawai kanan dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai yang berhak atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak dengan penangkapan itu boleh, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya dan, jika orang itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, apa-apa pernyataan itu boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebenarannya:
Dengan syarat bahawa—
tiada apa-apa pernyataan itu boleh diterima atau digunakan seperti tersebut di atas—
jika pembuatan pernyataan itu pada pendapat mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji mengenai pertuduhan terhadap orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang berkuasa dan yang mencukupi pada pendapat mahkamah untuk memberi orang itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk menganggap bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat faedah atau mengelakkan apa-apa kejahatan dari jenis keduniaan berhubungan dengan pembicaraan terhadapnya itu; atau
mengenai sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dengan perkataan berikut atau perkataan yang bermaksud demikian:
“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidaklah diwajibkan menyatakan sesuatu atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang kamu nyatakan, sama ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberi sebagai keterangan.”; dan 20
Undang-Undang Malaysia
sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidak boleh dijadikan tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab dia tidak diberi amaran jika dia diberi amaran dengan seberapa segera yang boleh.
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan yang baginya dipakai subseksyen (1) tidaklah diwajibkan menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan kes itu selepas dia diberi amaran.