Law Reform (Eradication of Illicit Samsu) Act 1976 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Pengharaman Samsu Gelap
3. Tiada seseorang boleh mengilang samsu gelap
Feedback & supportTiada seorang pun boleh—
mengilang samsu gelap;
menawar untuk mengilang samsu gelap; atau
melakukan atau menawar untuk melakukan sesuatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi maksud mengilang samsu gelap.
8
Undang-Undang Malaysia
Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum—
*penjara selama suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan tidak kurang daripada empat tahun; dan
**sebat tidak kurang daripada dua kali.
Jika samsu gelap, jika ada, yang menjadi hal perkara sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini mengandungi apa-apa bahan berbahaya, pesalah itu hendaklah dihukum—
†penjara selama suatu tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan tidak kurang daripada tujuh tahun; dan
(Dipotong oleh Akta A711);
sebat tidak kurang daripada enam kali.