Law Reform (Eradication of Illicit Samsu) Act 1976 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Kuasa Menggeledah, Menyita dan Menangkap
9. Waran geledah
Feedback & supportApabila Majistret berpendapat, setelah menerima maklumat bertulis atas sumpah dan selepas apa-apa penyiasatan yang difikirkannya perlu, bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam sesuatu premis ada disembunyi, disimpan, diletak atau distor apa-apa samsu gelap atau alat mengilang yang boleh dilucut hak di bawah Akta ini atau yang mengenainya suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, atau apa-apa buku atau dokumen yang secara langsung atau tidak langsung yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan apa-apa transaksi atau urus niaga, atau apa-apa transaksi atau urusniaga yang dicadangkan yang mana, atau akan menjadi, suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai kanan yang dinamakan, pada hari siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—
memasuki premis itu dan di situ menggeledah dan menyita samsu, alat mengilang, buku atau dokumen itu;
menangkap mana-mana orang yang ada dalam atau pada premis itu yang dalam miliknya dijumpai samsu, alat mengilang, buku atau dokumen itu, atau yang dipercayai dengan munasabah oleh pegawai itu sebagai telah memperdagangkan samsu itu atau membawa, menerima, menyembunyi, menyimpan, meletak atau menstor samsu, alat mengilang, buku atau dokumen itu.
Pegawai itu boleh, jika perlu berbuat demikian, dengan atau tanpa bantuan—
memecah buka mana-mana pintu atau tingkap atau sebahagian daripada premis itu untuk masuk ke dalamnya;
12
Undang-Undang Malaysia
memasuki dengan kekerasan premis itu dan tiap-tiap bahagiannya;
membuang dengan kekerasan apa-apa halangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pembuangan itu sebagaimana yang dia diberi kuasa melakukan; dan
menahan tiap-tiap orang yang dijumpai dalam atau pada premis itu sehingga premis itu telah digeledah.