Law Reform (Eradication of Illicit Samsu) Act 1976 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Jawatankuasa Penasihat
26. Pelantikan jawatankuasa kecil penasihat
Feedback & support(1)
Bagi maksud Akta ini, Jawatankuasa Penasihat boleh menubuhkan jawatankuasa kecil penasihat di peringkat wilayah atau Negeri yang terdiri daripada beberapa orang ahli yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Penasihat:
Dengan syarat bahawa hendaklah ada hanya satu sahaja jawatankuasa kecil penasihat bagi mana-mana satu wilayah yang terdiri daripada beberapa buah Negeri atau bagi mana-mana satu
Negeri yang tidak termasuk dalam sesuatu wilayah.
(2)
Pelantikan ahli jawatankuasa kecil penasihat hendaklah selama sesuatu had tempoh yang ditentukan dan diwartakan di bawah tandatangan pengerusi Jawatankuasa Penasihat.