Skip to content

Seksyen 20

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

of Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972

ActIn forceProvision 20 of 33
Seksyen 20

(a)

membayar segala perbelanjaan yang dilakukan di bawah seksyen 25;

(b)

memberikan pinjaman di bawah seksyen 27;

(c)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk bayaran ukur, guaman dan fi lain dan kos, dan saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil khidmat oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

(d)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau dipersetujui dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam menjalankan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya di bawah seksyen 4;

(e)

membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera, barang-barang dan apa-apa bahan lain dan memperoleh tanah dan mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain pada menjalankan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya di bawah seksyen 4;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 75

(f)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

(g)

pada amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.