Skip to content

Seksyen 17

of Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972

ActIn forceProvision 17 of 33

Seksyen 17

(1)

Bagi maksud Akta ini, ditubuhkan suatu kumpulan wang yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 75

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan

Undangan Negeri;

(b)

apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada kumpulan wang pinjaman;

(c)

wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan

Wang;

(d)

wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

(e)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

(f)

jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi apa-apa obligasinya atau menunaikan mana-mana daripada kewajipannya; dan

(g)

segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.

(3)

Dalam seksyen ini ungkapan “kumpulan wang pinjaman”

ertinya apa-apa wang yang boleh diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan Persekutuan atau Negeri sebagai pinjaman.

Pengimbangan akaun hasil