Skip to content

Seksyen 23

of Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972

ActIn forceProvision 23 of 33

Seksyen 23

(1)

Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kepada

Pengerusi, Pengurus Besar atau mana-mana orang lain kuasa untuk menjalankan bagi pihaknya apa-apa kuasa, kewajipan atau fungsi yang terletak hak atau dipertanggungkan oleh Akta ini pada atau ke atas Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, kecuali kuasa untuk meminjam wang, memperdapatkan pinjaman atau membuat peraturan-peraturan; dan apa-apa kuasa atau fungsi yang diwakilkan sedemikian boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh

Pengerusi atau Pengurus Besar atau mana-mana orang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh mewakilkan kuasa kepada Pengerusi, Pengurus Besar, mana-mana daripada anggotanya yang lain atau mana-mana orang untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain di bawah kawalan Lembaga hingga setakat yang dinyatakan oleh Lembaga.