Skip to content

Seksyen 14

Penyusunan Lembaga kepada Bahagian-Bahagian

of Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981

ActIn forceProvision 14 of 33
Seksyen 14
(1)

Lembaga boleh menubuhkan Bahagian-Bahagian yang difikirkannya wajar, dan setiap Bahagian hendaklah di bawah kawalan dan jagaan seorang pegawai.

(2)

Pegawai yang menjaga setiap Bahagian hendaklah dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

(3)

Menjadi tanggungjawab pegawai yang menjaga sesuatu

Bahagian untuk melaksanakan dan menjalankan keputusan

Lembaga mengenai perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya, mengemukakan syor-syor dasar untuk pertimbangan Lembaga, mengambil bahagian tanpa hak mengundi dalam mana-mana mesyuarat Lembaga apabila perkara yang berkaitan dengan

Bahagiannya ditimbang dalam mesyuarat itu dan juga untuk menjalankan segala kuasa yang boleh diwakilkan kepadanya oleh

Lembaga.