Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Act 1981 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian IV · Kewangan
17. Penubuhan Kumpulan Wang
Feedback & supportBagi maksud Akta ini, ditubuhkan suatu kumpulan wang yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri;
apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada pinjaman;
wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi apa-apa obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan
segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 17
Dalam seksyen ini ungkapan “pinjaman” ertinya apa-apa jumlah wang yang boleh diadakan dari semasa ke semasa kepada
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri melalui pinjaman.