Skip to content

Seksyen 12

of Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981

ActIn forceProvision 12 of 33

Seksyen 12

(1)

Pengerusi hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

(1a)

Pengerusi hendaklah bertanggungjawab bagi penyeliaan dan pengawalan pelaksanaan dasar dan keputusan yang dibuat oleh Lembaga.

(1b)

Pengerusi boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kepada mana-mana anggota lain Lembaga atau mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi yang terletak hak pada atau dipertanggungkan ke atas

Pengerusi di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukannya.

(2)

Jika Pengerusi tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya,

Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan kewajipan Pengerusi semasa Pengerusi tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.